PATH OF MERCY

PATH OF MERCY

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


PATH OF MERCY
.
PATH OF MERCY adalah Pengajian Spiritual MENGENAL DIRI (Self, Nafs & Heart). Melalui pengenalan diri ini seseorang MENGENAL ALLAH. 
.
Allah telah meletakkan sesuatu RAHSIA di dalam Ruh Kita semasa di Alam Ruh kemudian ketika dilahirkan ke dunia ini kita dilupakan. Ruh kita yang mengalami perjalanan kehidupan ini. Dan di dunia, kita mula mencari dan terus mencari semula rahsia tersebut. Di dalam rahsia tersebut juga ada rahsia potensi diri dan kod kekhalifahan yang kita bawa. Namun adakah kita berjaya menemui rahsia ini mahupun tidak sebelum sampai saat dipanggil semula? Adakah kita sempat menjalankan tugasan khalifah kita dan menunaikan janji yang dipateri bersama tuhan ketika di alam ruh? Alastubirobikum (7:172). 
.
Allah bekalkan kita dengan pelbagai alat bantu dan tanda-tanda untuk menjejak semula rahsia itu samada dalam diri kita mahupun cerminan luaran di alam semesta. Manusia dilahirkan dengan satu sifat semulajadi ingin mengetahui, ingin memahami, ingin menyayangi, ingin bersatu. Secara semulajadi kita semua adalah seorang pencari (seeker). Apa yang kita cari sebenarnya?
.
Pencarian pengenalan tersebut bergantung kepada KESADARAN dan PENYAKSIAN ketika kita menjalani kehidupan ini. Allah mengingatkan kita akan hakikat ini dalam SYAHADAH di mana itulah yang kita harus lakukan di dunia ini Menyaksikan Allah.
.
Perjalanan diri kita sebagai manusia dimulakan dengan penciptaan kita di ALAM RUH dan kini kita berada di alam ke 3 iaitu Alam dunia di mana ianya adalah SEKOLAH MENGENAL ALLAH. Subjeknya dan Silibusnya ialah SIFAT dan NAMA-Nya. Masa Ujiannya adalah SETIAP SAAT sehingga ajal. Dan Peperiksaaan Akhirnya ialah ketika kita di Alam Barzah. Kertas Jawapan adalah di HATI (Kalbu).
.
Setelah tempoh masa pembelajaran, pencarian dan penyaksian ini selesai, kita akan dipanggil semula kembali kepadaNya untuk menjawab 3 soalan utama.
  • Man Rabbuka ?
  • Man Deenuka ?
  • Man Nabiyyuka ?

.

Di peringkat jasad dan akal kita merasakan mudah untuk menjawab 3 soalan utama ini. Namun bukan begitu, untuk menjawab peperiksaan Allah ini jawapannya perlu ada di hati dan ruh (batin) kerana ketika kita kita berpindah ke Alam Barzakh semuanya termasuk jasad dan akal akan mati. Seandainya kita tidak sediakan jawapan dengan semua silibus Ilmu Mengenal Allah ketika di dunia pasti kita akan merasa takut untuk menghadapi KEMATIAN kerana di sana kita akan di tanya dengan soalan-soalan kubur.

.

Jawapan ini bergantung kepada ruh kita akan bagaimana dia Mengenal Allah. Jawapan itu hanya dijawab oleh hati qalbu yang di dalamnya ada Allah. Bagaimana banyak penyaksian kita pada Allah semasa kita hidup yang menggambarkan betapa kita mengenal Allah. “Tidak dapat memuat dzatKu bumi dan langitKu, kecuali “Hati” hambaKu yang mukmin, lunak dan tenang“ (HR Abu Dawud )

.
Sudahkah kita menyiapkan HATI KITA untuk diisi dengan jawapan SOALAN KUBUR kita? Seandainya di hati kita masih ada perasaan TAKUT MATI maka itulah indikatornya yang kita belum lagi bersedia untuk menjawab soalan kubur tersebut. Maka jangan bazirkan masa walau sesaat pun untuk mempersiapkan diri sebelum tiba masanya. Tiada istilah NANTI untuk tujuan ini kerana setiap detik adalah menunjukkan saat itu semakin hampir. 
.
Program " PATH OF MERCY " adalah Program Perjalanan Spiritual yang membuka ilmu dan skema jawapan ini di level Nafs dan Hati. Program yang akan berlangsung selama 3 bulan. Namun Pelajar boleh meneruskan pengajian kepada peringkat-peringkat seterusnya bersama program-program spiritual yang lain kerana ilmu ini adalah ilmu yang luas. 
.
Program ini adalah program pengenalan untuk membuka rahsia diri yang tersimpan di dalam ruh kita. Ilmu mengenal diri untuk menganal Allah Yang Maha Tinggi. Insya Allah panggilan untuk SEEKER OF TRUTH untuk Allah turunkan SKEMA jawapan setiap soalan PEPERIKSAAN duniaNya. Bukan dari kami tapi dariNya Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid pemilik hakiki segala ilmu. Semoga Allah turunkan ilmu MAHALNYA. .
.
Dijemput sertai program " Path of Mercy " bersama kami alat Allah DrRuha Dani & DrAzmin Razali. Program 2 bulan 2 kali seminggu, bermula 1 Mac - 29 Mei 2025. Ia sesuai untuk sahabat yang telah menyertai program "Path to Most High" atau "Klinik Hati".
.
Format pengajian adalah di dalam Online Platform. Ianya mengandungi :

Jangkamasa Program : 1 Mac - 29 Mei 2025 (3 bulan)
Sesi Live Zoom :
Kuliah Asmaul Husna : Sabtu (6.30-9.30am)
Kuliah Spiritual : Ramadhan - Ahad (6.30-9.30am)
Syawal & Zulkaedah - Khamis (8-11pm)
Group Zikir : Ramadhan Setiap hari (4.00 - 4.45am)
Syawal & Zulkaedah Setiap hari (4.15 - 5am)
Mahar : Bulanan (RM 195 X 3) atau Bayaran penuh RM 555

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
"PATH OF MERCY" (Bulanan)
"PATH OF MERCY" (Penuh 3 bulan)
Buku (Nama-Nama Ilahi - 99 Nama Penyembuhan Satu Cinta) - pre-order
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel smartiqgrp@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaSIQ Skills Resources
No. Akaun21245760049161
Buka RHB Online Banking  


Maklumat Peniaga

SIQ HEALING CENTRE
smartiqgrp@gmail.com
+60174757992