PATH TO THE MOST HIGH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
" Path to the Most High 1" (Jalan menuju Yang Maha Tinggi)
.
Perjalanan diri kita sebagai manusia dimulakan dengan penciptaan kita di ALAM RUH dan melalui 14 perjalanan sebelum berakhir di destinasi terakhir samada syurga mahupun neraka. Kini kita berada di perjalanan yang ke 3 di mana dunia ini adalah SEKOLAH MENGENAL ALLAH. Subjeknya dan Silibusnya ialah SIFAT dan NAMA-Nya. Masa Ujiannya adalah SETIAP SAAT sehingga ajal. Dan Peperiksaaan Akhirnya ialah ketika kita di Alam Barzah. Kertas Jawapan adalah di Hati (Kalbu).
.
Sebelum kita dilahirkan ke dunia Allah hilangkan ingatan tentang apa yang kita lalui dan alami ketika di Alam Ruh. Namun Allah meletakkan sesuatu RAHSIA di dalam Ruh Kita. Ruh kita yang mengalami perjalanan kehidupan ini. Dan di dunia, kita mula mencari dan terus mencari semula rahsia tersebut. Di dalam rahsia tersebut juga ada rahsia potensi diri dan kod kekhalifahan yang kita bawa. Namun adakah kita berjaya menemui rahsia ini mahupun tidak sebelum sampai saat dipanggil semula? Adakah kita sempat menjalankan tugasan khalifah kita dan menunaikan janji yang dipateri bersama tuhan ketika di alam ruh? Alastubirobikum (7:172).
.
Ia bergantung bagaimana kita menjalani kehidupan ini. Bagaimana kesedaran kita. Allah bekalkan kita dengan pelbagai alat bantu dan tanda untuk menjejak semula rahsia itu samaada dalam diri kita mahupun cerminannya di luar di alam semesta. Manusia dilahirkan dengan satu sifat semulajadi ingin mengetahui, ingin memahami, ingin menyayangi, ingin bersatu. Secara semulajadi kita semua adalah seorang pencari (seeker).
.
Sebagai contoh, apabila kita tahu anak kita akan menghadapi SPM pada bulan Jan 2025, sudah pasti kita mempersiapkan dirinya bertahun-tahun dengan segala persiapan samada dengan ilmu dan silibusnya iaitu menghantar mereka ke sekolah, mahupun persiapan lainnya dengan latihan, tusyen, makanan kesihatan dan apa jua bantuan yang boleh membantu mereka menghadapi peperiksaannya. Seandainya persiapan tidak dilakukan sedari awal, hanya membazirkan masa dengan bermain game, ponteng sekolah dsb, sudah pasti kita risau dan khuatir mereka tidak dapat menjawab peperiksaan SPM itu dengan baik.
.
Begitu juga kita dengan peperiksaan Allah. Seandainya kita tidak bersedia dengan semua silibus Ilmu Mengenal Allah ketika di dunia pasti kita akan merasa takut untuk menghadapi KEMATIAN kerana di sana kita akan di tanya dengan soalan-soalan kubur. Namun sedarkah sahabat-sahabat bahawa soalan-soalan kubur tidak boleh di jawab dengan akal seperti kita masih hidup. Jika soalan itu ditanyakan kita sekarang kita pasti boleh menjawabnya. Namun ketika kita di alam barzakh, minda dan jasad kita sudah tiada lagi. Maka jawapan kubur tersebut bukan dijawab oleh apa yang kita hafal namun apa yang ada dalam qalbu kita. Soalan Man Robbuka? Di jawab oleh ruh kita berapa dia Mengenal Allah. Jawapan itu hanya dijawab oleh hati qalbu yang di dalamnya ada Allah. Bagaimana banyak penyaksian kita pada Allah semasa kita hidup yang menggambarkan betapa kita mengenal Allah. “Tidak dapat memuat dzatKu bumi dan langitKu, kecuali “Hati” hambaKu yang mukmin, lunak dan tenang“ (HR Abu Dawud )
.
Sudahkah kita menyiapkan HATI KITA untuk diisi dengan jawapan SOALAN KUBUR kita? Seandainya di hati kita masih ada perasaan TAKUT MATI maka itulah indikatornya yang kita belum lagi bersedia untuk menjawab soalan kubur tersebut. Maka jangan bazirkan masa walau sesaat pun untuk mempersiapkan diri sebelum tiba masanya. Tiada istilah NANTI untuk tujuan ini kerana setiap detik adalah menunjukkan saat itu semakin hampir.
.
Program " PATH TO MOST HIGH 1 " (Jalan menuju Yang Maha Tinggi) adalah Program Asas perjalanan Spiritual yang membuka ilmu dan skema jawapan ini. Program Asas berlangsung selama 2 bulan. Namun Pelajar boleh meneruskan pengajian kepada peringkat-peringkat seterusnya bersama program-program spiritual yang lain kerana ilmu ini adalah ilmu yang luas.
.
Program ini adalah program pengenalan untuk membuka rahsia diri yang tersimpan di dalam ruh kita. Ilmu mengenal diri untuk menganal Allah Yang Maha Tinggi. Insya Allah panggilan untuk SEEKER OF TRUTH untuk Allah turunkan SKEMA jawapan setiap soalan PEPERIKSAAN duniaNya. Bukan dari kami tapi dariNya Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid pemilik hakiki segala ilmu. Semoga Allah turunkan ilmu MAHALNYA. .
.
Dijemput sertai program " Path to the Most High " (Jalan menuju Yang Maha Tinggi) bersama kami alat Allah DrRuha Dani & DrAzmin Razali. Program 2 bulan 2 kali seminggu, bermula 31 Dis 2024. Ia sesuai untuk sahabat yang baru hendak memulakan perjalanan spiritual mahupun yang sudah lama meninggalkan dan ingin menyambung semula. Seandainya pelajar yang datang semula boleh dapatkan nasihat samada perlu menyertai program "Path to Most High" atau "Klinik Hati" atau "Spokes".
.
Format pengajian adalah di dalam Online Platform. Ianya mengandungi :
Format pengajian adalah di dalam Online Platform. Ianya mengandungi :
Jangkamasa Program : 31 Dis 2024 - 28 Feb 2025 (2 bulan)
Sesi Live Zoom :
Kuliah Spiritual / Healing : Selasa 8-11pm
Kuliah Asmaul Husna : Sabtu 6.30 - 9.00 am
Group Zikir : Setiap hari (4.15-5.00 am)
Mahar : Bulanan (RM 195 X 2) atau Bayaran penuh RM 370